Thursday, July 30, 2009

PINDAH LAGI....

X habis2 gan citer pindah nie....
dah dekat sebulan nie sibuk kemas rumah lama kat Bdr.Ser Permaisuri coz ada org nak sewa pd 01/08/09 nie...

now kat opis lak ...sibuk nak pindah gak...tp nasib baik just pindah dlm satu bangunan sj....

tp penat jgn nak cakap lah...coz nak kemas semula tu yg x larat...

& we all pindah b'for bulan posa nie...

Tuesday, July 21, 2009

JEMPUT2 CEMPEDAK...


He...he.....dah byk sgt stok cempedak kat rumah ...so apa lg buat jemput2 lah pulak..asyik mkn Cempedak Goreng je...jemu pulak rasanye...

meh lah rasa...

CEMPEDAK...


Sebab dek terlalu sibuk lah siang malam, lamalah tak updet. Ialah ini pun kena updet sebab takut nanti lupa apa yang dah berlaku. Mana tau bila anak2 besar nanti, boleh jugak mereka membaca catatan Mama mereka, InsyaAllah...

Nie pasal cempedak...

kalau nak ikutkan bukan gambar nie yg nak dikongsikan bersama...

tp yg nie aje yg ada...ok lah gak kan..

citernye bergini...

tiap2 hari balik keje..we all akan lalu kat susur masuk Senawang...
kat tepi jln tu...kira kat tgh2 kaw.lapang jalan susur masuk tu ada sbtg pokok Cempedak yg tgh lebat berbuah...

& selalunya Hubby akana ckp syg je buah tu gugur x org ambik...

hr Sabtu lepas...bila balik dr dok pindah barang2 kat KL, terserempaklah gan seorg Pakcik tgh kait buah2 tersebut...kira ok lah gak tu x lah membazir...

& si Along sempat lg tu tanya kalau kita ambik leh ke Mama...coz buah cempedak nie mmg kesukaan dia..yg mentah2 pun dia dok mkn gak...

Wednesday, July 15, 2009

Gulai Tempoyak...


Terasa nak updet pulak ari ni....tiba2 je mood & idea tu dtg...
ialah dah lama sgt x mengupdate...
nie citer pasal smlm...
Hajat hati nak buat gulai tempoyak. So, balik ofis tadi kami singgah kat pasar malam beli daun kunyit dan serai, ternampak pulak petai, beli 3 papan. Sampai aje rumah, terus aje mayang segala bahan nak masukkan dalam gulai, sambil ditolong oleh si adik...coz dia x de tuisyen hr nie...just Along & Kakak je yg tuisyen...Bahan2 lain ambik kat pokok belakang rumah. He..he...bau je pun Hubby dah kata sedap lom mkn lg..Hilang sikit penat buat gulai tu..Alhamdulillah. Hubby memang suka gulai tempoyak ni....org N9 lah katakan... bg kat jiran2 sikit...& tapaukan sekali utk teacher yg dtg mengajar anak2 ku...

Menu Sarapan Pagi...




Atas permintaan si anak dara yg sorg nie...
buatkan lah jugak nasi goreng yg paling ringkas...
just guna cili, bwg,minyak,ikan bilis & sayur kobis sikit...
dah siap...

bukan saja utk b'fast tp siap tapau lg bw gi sekolah.....


Thursday, July 9, 2009

B'day - Ashraf....di opis Alfa

Hr nie ada b'day party utk our staff Ashraf...yg baju belang2 biru tu...

b'day yg ke??????....

yg lain2 tu just tumpang bergambar je...

Handsome tak wira2 Alfa nie...

tp dah berpunya semuanye nie......

MASANYA BELUM TIBA...

Assalamualaikum..

Lama tak updet. Malas. Plus kerja banyak. Kat rumah dengan aktiviti2 anak2 yg x pernah habis dan kat office dengan projek sendiri2.

kekwn dah tanya...lama tak updet? Alahai...malas lahnye...

Macamana pun, cubalah gak mencarik jugak ruang masa sekejap, tp apakan daya idea lak x de...

bila lah boleh citer pasal taman bunga ku yg sedang cantik berbunga....
pasal kerenah anak2 yg banyak ragamnya...

Tunggu saja lah ye...kan ku updatekan juga nanti...

Monday, July 6, 2009

Mencari mood yg hilang....malas & penat..

Last wiken, seperti yang dijangkakan memang lah teramat sibuknya.
Kalau dah sibuk tu, tinggallah nak updet blog ni.
Tak kuasa & tak de idea nak tulis apa dah...

Bz sgt lah katakan...

Nie nak dpt semula mood utk meng update blog pun payah gak..
sebenarnya byk bahan yg nak dikongsikan bersama2 tp masa belum mengizikan...
Insya Allah ...akan muncul juga akhirnya nanti ..tggu lah saja..

Friday, July 3, 2009

TRANSFORMERS LAGI....

Biasalah kalau dah kat TV hr2 dok tgk pasti ada yg bersuara...
& seperti biasalah koleksi Transformers yg seterusnya...

b'for keluar citer kat wayang baju & topi dah dpt...

now koleksi mainan pulak...nasib baiklah ada kwn yg keje kat Petronas...so w/pun x isi minyak leh gak beli...

LAYAN TRANSFORMERS GAN ANAK2

Last weekend bw anak2 gi menonton wayang...citer apa lg kalau bukan Transformers...

Kali nie just bw anak2 tengok kat Seremban je...kat Terminal 1....

Citernye ok lah utk anak2...tp panggung nye yg x best...

so inilah yg pertama & terakhir we all menonton kat sini...

past nie sudah semestinye kat tpt biasa...
TGV Mines...

Happy Weekend









No one is born happy...
But all of us are born with the ability to create happiness...
So today, make others happy..
Flash your sweetest smile
Happy weekend and have a day full of smiles .

Tips cinta suami isteri

* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum
berpisah ke tempat kerja masing-masing.

* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan
luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di
bibir.

* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk
menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya
apa yang sedang dilakukan.

* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di
telefon dan sebelum tidur.

* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari
bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari
berkerja.

* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari
selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang
pasangan meluahkan perasaan.

* Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari
isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,
jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi
berhari-hari.

* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran
mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting
ada berada disisi.

* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah
berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan
penting untuk mengeratkan kasih sayang.

* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa
bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan
serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau
suami.

* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau
kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang
anda tahu pasangan pasti menyukainya.

* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah
sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa
bersama.

* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti
susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara
keluarga.

* Sesekali tukar gayapenampilan agar ada kelainan serta
untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan
berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri
yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda
mencapai matlamat tersebut.

* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan
sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk
melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.