Friday, July 3, 2009

Tips cinta suami isteri

* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum
berpisah ke tempat kerja masing-masing.

* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan
luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di
bibir.

* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk
menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya
apa yang sedang dilakukan.

* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di
telefon dan sebelum tidur.

* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari
bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari
berkerja.

* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari
selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang
pasangan meluahkan perasaan.

* Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari
isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,
jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi
berhari-hari.

* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran
mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting
ada berada disisi.

* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah
berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan
penting untuk mengeratkan kasih sayang.

* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa
bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan
serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau
suami.

* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau
kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang
anda tahu pasangan pasti menyukainya.

* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah
sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa
bersama.

* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti
susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara
keluarga.

* Sesekali tukar gayapenampilan agar ada kelainan serta
untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan
berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri
yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda
mencapai matlamat tersebut.

* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan
sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk
melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

No comments: