Friday, June 26, 2009

Pendidikan Awal Penentu Kejayaan, Keperibadian Anak

CENDEKIAWAN pendidik Islam di Mesir, Dr Abdullah Nasih Ulwan mengatakan bahawa kecemerlangan anak adalah hasil amalan dan pengalaman yang mereka lalui. Perkara itu akan tersemat dalam jiwa serta hati sanubari anak sejak kecil, terutama pada peringkat awal iaitu di bawah enam tahun.
Begitu besar kesan tarbiah atau pendidikan anak sejak kecil. Justeru, ia bukanlah perkara remeh yang perlu diperlekehkan termasuklah dalam memilih sistem atau pendekatan terbaik yang terdapat di taska dan tadika. Ia antara faktor penentu kejayaan anak pada masa depan. Ketepatan dan kesempurnaan pendidikan awal ini akan menerbitkan ‘izzah iaitu yakin kendiri (self-esteem) yang di dalamnya termasuklah rasa hormat diri, yakin dan percaya bahawa diri dihargai. Ia adalah asas penting untuk membina sahsiah anak sejak kecil.
Kajian mendapati bahawa anak-anak yang mempunyai masalah ‘izzah akan lebih mudah terbabit dengan salah laku, gejala sosial dan penagihan dadah. Ibu bapa, pengasuh dan guru, mesti peka terhadap perkara itu dan berusaha untuk menggalakkan pembinaan ‘izzah anak.
Oleh itu, pastikan permata hati anda mendapat yang terbaik kerana zaman kanak-kanak hanya sekali dan tidak akan mampu diulangi.

Semoga Anak2 mama menjadi anak2 yg soleh & solehah...serta berjaya di Dunia & Akhirat...
Amin...

No comments: