Friday, June 26, 2009

Influenza A (H1N1), Babi Perumah Berbahaya

Influenza A (H1N1) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru yang mana penduduk dunia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan virus tersebut. Virus ini terhasil dari mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia. Gejala awal penyakit ini mirip selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadang-kala muntah atau cirit-birit.

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar ke udara dan kemudian orang lain akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan, sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan tercemar dengan titisan cecair pesakit.

“Babi secara umumnya diketahui sebagai perumah bagi pelbagai jenis parasit dan penyakit berbahaya termasuk virus yang sedang melanda dunia sekarang ini iaitu Influenza A(H1N1)”, kata Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan, Dato’ Dr. Hassan Abdul Rahman.

Selain itu, sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2 peratus daripada seluruh kandungan asid urik manakala selebihnya iaitu sebanyak 98 peratus sisa tersebut tersimpan dalam tubuh babi menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor.

Babi turut digelar haiwan yang kotor dalam al-Qur’an dan haram dimakan oleh umat Islam.

Buat renungan bersama...
semoga terpeliharalah keluarga kita dr penyakit ini... Insya Allah...

No comments: