Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Puding Caremal : percubaan pertama


Salam semua, selamat bertemu kembali. Baru nak update blog......
blog nie bila time kita rajin...dia buat perangai lah pulak,...........

n3 pasal percutian pun x berupdate lg....
kita tinggalkan dulu citer pasal holiday tu.....
meh jamu mata gan hasil kerjatangan yg tah apa2....
hahhahahhha...., kalau ikutkan mmg lah mls nak buat apa2,..sementara tukang mkn x de kat rumah nie....diorg masih lg berholiday kat TPP.

kalau buat pun mkn sesorg je coz Cik Hubby kurang sikit kalau benda2 yg mcm nie...
tp disebabkan pengaruh dr kakak2 blog yg lelain tu,...buta jugak lah....

wallllaaaaaaaaaa....mmg sedap.
resepinye pun ringkas je...

                                                  Puding Roti Caremal


dah tgk Picnyekan sure tergoda punya,....
apa lg gi ambik kertas & pen x pun C&P je,....keje mudah sekrg nie....

Puding Roti Karemal
Bahan-bahan


• 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus


• 4 keping roti gardenia


• 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis


• 1 cawan air suam


• 1 cawan susu cair


• 1/2 cawan susu pekat - Yatie letak 3/4 cawan susu pekat


• 1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara


1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.


2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.


3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masaklebih kurang   kukus 30minit @ 40 minit. 


4. Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan,....

mmg yummm.....yummmmmm



Wednesday, October 19, 2011

PUDING KUKUS DELIMA ISTANA......

buatnye mlm td,....
coz masih ada berbaki lg agar2....dr pd x leh pakai langsung baik buat Puding nie,....
rasanye mmg wow...sggh mables...sedapnye....

nak snap picnye x sempat lah pulak,.....

tp jom layan resepi jelah dulu ye.....,

PUDING KUKUS DELIMA ISTANA


Bahan-bahan
• 37.8 gm agar-agar panjang (strips agar-agar)
Bancuhan Telur
• 3 cawan air
• 1 cawan sirap cocktail (dari 1 tin Tropical fruit cocktail diasingkan sirap dan buahnya)
• 1 tin susu cair ideal / susu segar
• 1 tin (505gm) susu pekat manis(*update: akak letak 450 gm je)
• 6 biji telur gred A dipukul dahulu
• 1 sudu teh esen vanila
Bahan Taburan
• 1/2 tin buah cocktail
• 1 cawan mixed fruits (ceri merah dan hijau, kismis, blackcurrent)
Cara-cara
1. Rendam agar-agar panjang selama 4 jam. Toskan, tanpa memotong agar-agar tadi.
2. Didalam bekas lain, satukan semua bahan bancuhan telur, pukul ringan hingga rata. Tapis.
3. Basahkan loyang, penuhi dasar loyang dengan agar-agar panjang. Kemudian tabur dengan sedikit bahan taburan hingga rata. Tuang pula bancuhan telur hingga menutupi agar-agar dan buah tadi.
4. Ulangi melapis berselang seli agar-agar, buah dan bancuhan telur hingga habis. Lapisan terakhir tabur dengan buah-buahan diatasnya.
5. Kukus sekurang-kurangnya 1 1/2 - 2 jam. Kukus sekejap akan menyebabkan agar-agar tidak larut.
6. Angkat dan biarkan agar-agar menjadi suam baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
*** K1 merendam agar-agar lebih lama untuk menjimatkan masa mengukus. Dalam resipi ni K1 hanya mengukus selama 1 jam sahaja. (*akak pulak dah lebih dari 6 jam merendam agar-agar tuh...jadi kukus sejam pun ok jugak...)
Pesanan Penaja...hehee : Kalau family x ramai tu buat separuh adunan cukuplah sebab resepi ni menghasilkan untuk 1 kampung makan...wakakakaa...Pastu kalau dah x banyak dan rajin tu, elok lah dikukus dalam acuan kecik2, lagi senang xyah potong2...Kalau dalam loyang cam akak ni, susah sikit nak potong, x lawo le....tp rasa menteeeennnn...best gilosss! Sesuai gak tambah lemak..hahaha