Friday, June 26, 2009

Pendidikan Awal Penentu Kejayaan, Keperibadian Anak

CENDEKIAWAN pendidik Islam di Mesir, Dr Abdullah Nasih Ulwan mengatakan bahawa kecemerlangan anak adalah hasil amalan dan pengalaman yang mereka lalui. Perkara itu akan tersemat dalam jiwa serta hati sanubari anak sejak kecil, terutama pada peringkat awal iaitu di bawah enam tahun.
Begitu besar kesan tarbiah atau pendidikan anak sejak kecil. Justeru, ia bukanlah perkara remeh yang perlu diperlekehkan termasuklah dalam memilih sistem atau pendekatan terbaik yang terdapat di taska dan tadika. Ia antara faktor penentu kejayaan anak pada masa depan. Ketepatan dan kesempurnaan pendidikan awal ini akan menerbitkan ‘izzah iaitu yakin kendiri (self-esteem) yang di dalamnya termasuklah rasa hormat diri, yakin dan percaya bahawa diri dihargai. Ia adalah asas penting untuk membina sahsiah anak sejak kecil.
Kajian mendapati bahawa anak-anak yang mempunyai masalah ‘izzah akan lebih mudah terbabit dengan salah laku, gejala sosial dan penagihan dadah. Ibu bapa, pengasuh dan guru, mesti peka terhadap perkara itu dan berusaha untuk menggalakkan pembinaan ‘izzah anak.
Oleh itu, pastikan permata hati anda mendapat yang terbaik kerana zaman kanak-kanak hanya sekali dan tidak akan mampu diulangi.

Semoga Anak2 mama menjadi anak2 yg soleh & solehah...serta berjaya di Dunia & Akhirat...
Amin...

Influenza A (H1N1), Babi Perumah Berbahaya

Influenza A (H1N1) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru yang mana penduduk dunia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan virus tersebut. Virus ini terhasil dari mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia. Gejala awal penyakit ini mirip selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadang-kala muntah atau cirit-birit.

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar ke udara dan kemudian orang lain akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan, sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan tercemar dengan titisan cecair pesakit.

“Babi secara umumnya diketahui sebagai perumah bagi pelbagai jenis parasit dan penyakit berbahaya termasuk virus yang sedang melanda dunia sekarang ini iaitu Influenza A(H1N1)”, kata Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan, Dato’ Dr. Hassan Abdul Rahman.

Selain itu, sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2 peratus daripada seluruh kandungan asid urik manakala selebihnya iaitu sebanyak 98 peratus sisa tersebut tersimpan dalam tubuh babi menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor.

Babi turut digelar haiwan yang kotor dalam al-Qur’an dan haram dimakan oleh umat Islam.

Buat renungan bersama...
semoga terpeliharalah keluarga kita dr penyakit ini... Insya Allah...

Wednesday, June 24, 2009

Hari Jumaat yg tenang...

Last friday morning dpt call dr my Sister.....
NINDA ku telah kembali ke Rahmatullah tepat jam 11.30am...
setelah sekian lama sakit akhirnya pergi jua dgn tenang si samping Bapa & Pak cik ku serta yg lain dpt mengajarnya mengucap kalimah syahadah...

Semoga roh nya dicucuri Rahmat....

Amin...

Friday, June 12, 2009

NICE BLUE ROSES

Photo Sharing

HAVE A NICE WEEKEND


Disebabkan cuti sekolah pun dah nak habis....
we all pun x dpt gi mana2 utk menghabiskan waktu yg dah suntuk nie..
so apa lg just gi menonton wayang je lah ye...
x leh nak bercuti sambil angkut barang mcm kekwn kita yg kat sebelah nie...he...he...he...
apa2 pun enjoy for your nice weekend....
jgn lupa keje semula hari Isnin gan mood yg baik...

Wednesday, June 10, 2009

SERAWA DURIAN...

Sapa pernah mkn menu nie...
bestnya kalau dpt mkn selalu...tp x sesuai utk musim panas nie...
w/apa pun ini lah menu favorite my family bila dah beli durian...
pasti akan ku masakkan menu ini...

jgn jeles tgk gambarnya pasti akan memikat selera...

MENU MUSIM PANAS

Musim2 panas nie selera nak mkn pun kurang...
so apa lg just masak yg simple2 je lah ye...
jom tgk apa yg leh di kongsi bersama...
Sambal Ikan Tenggiri

Sup Su'un & Kentang...
nie sj yg leh membuka selera di musim2 panas nie...
kalau yg berasakan santan kurang lah sambutannye...