Wednesday, November 7, 2012

Lagi 11 hari,...

KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012

KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012




Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Penantian satu penyeksaan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,.....

sekarang ni ramai orang sedang mencari tarikh keputusan upsr 2012.
Bagi mereka yang sedang berdebar menantikan result upsr 2012 bagi pelajar darjah 6 tahun ini. Keputusan UPSR 2012 ini la yang bakal menentukan mereka akan masuk ke sekolah berasrama penuh atau MRSM ataupun sekolah harian biasa itu bergantung kepada keputusan upsr 2012 .

Mengikut jangkaan para guru-guru keputusan upsr 2012 akan diumumkan 8 november 2012 hingga 10 november 2012 iaitu sebelum cuti sese persekolah pada tahun 2012.Seperti keputusan upsr terdahulu di mana keputusan diambil pada hari sabtu.... mmg mendebarkan pulak rasanye....

hr nie tgh tertunggu pengumumam.... kot2 ada yg bg hit2 kalau2 sok result kluar...

lg pun selalunya kat Sekolah Along akan di buat majlis Hari Anugerah + result pun kluar....






Tuesday, November 6, 2012

Bersyukurkah kita????????????....



sila share ikhlas fan page @[211943902248430:274:Cupcakes Comel]

Barangsiapa diuji lalu bersabar..
diberi lalu bersyukur..
dizalimi lalu memaafkan..
dan menzalimi lalu beristighfar..

maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah.
(HR. Al-Baihaqi)...

Peringatan buat diriku.........:)




Asam pedas Daging Korban






Nie menu lunch kitaorg hr ahad lepas .... pestaim daging msk asam pedas! biasa wat ikan ngan ayam jerk! arini try wat daging plak! hubby aku pong heran gak aku msk asam pedas daging! sesekali layan syok juga! tp rasanya lagik sedap klu dapat tetel tuhh! sbb resepi asal mmg gune tetel! tp mano la aku nk carik tetel erk??! adusss leh leleh air liur aku sebut tetel! hahahahaa.... antu lomak2 btol! tk sedor diri lemok kat bdn dh setambun! kakakaka... resepi mmc biasalah mintak dr Bonda...masa balik raya hr tu tgk Bonda masak tu yg terus buat & seblm terlupa resepi... hihihihi... lg pun Daging korban yg masih lg berbaki tu ada lg... tu yg terajin masak...

Bahan-bahan

1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)
3 batang serai di titik
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 camca besar lada hitam*
1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
Air secukupnya

*bleh ltk kentang...

Cara-cara

  1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging tetel  gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
  3. Masukkan jus asam jawa, kentang dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas2...

Sedap oooiiii... bila cicah gan * roti, roti canai, cucur tepung @ lempeng ....

Anak2 dok gatah mcm tu je kuah asam pedas nie... yelah daging baru + lembut lak tu...

bila dah petang pulak hujan... layang mcm nie lak... kan Azie dah ckp... anak2 pasti suka punya

Photo: Roti canai + kuah asam pedas... Menu hr hujan...

mkn Asam pedas daging + roti canai segera...

Jln2 gan Bonda pulak..


Assalamualaikum,...........

lama betul x mengupdate kat sini....
bz sesungguh rasanye...

tgk pic kat bwh tu..............
meriahkan... ada set cadar wedding... & paling best masakan bonda tersyg...
sebenarnye nie lah hasil drp pd balik ke TPP masa cuti hr raya aidiladha hr tu...

Cik hubby bg kelepasan utk stay di sana selama 3hr... so leh lah pjgkan langkan bersama2 adik bongsu tersyg... & bonda merayau2 di KL...

hr sabtu lepas lunch we all bergerak ke SOGO dulu... just bwk anak dara je... yg bujang 2 org stay gan Atuk kat rumah coz penat tolong kat surau pg td...

hasil dr merayau2 dpt lah bwk balik


Photo: beli comforter set utk wedding

hahahahha,.... bkn wedding adik Azie tau... tp bg pinjam kat anak buah Azie yg akan kahwin pd 24 Nov. nie...

kalau ikutkan mls gak nak beli tp semlm masa gi tgk persiapan dia kat rumah Atuk mcm x kena jelah set cadar yg dia beli tu yg hr nie Bonda ajak gi tgk kat Sogo... & terus dia berkenan beli set yg nie...

dah puas merayau2 kat Sogo.. we all gerak ke VIVA HOME lak....

kat sini lg lah puas cuci mata....

& si Bujang sorang tu sempat belikan bonda periuk claypot... katanye nak suruh Bonda masakkan asam pedas...

bonda pun sempat beli set pinggan mangkuk lama... corak bunga kangkung tp warna hitam...

alang2 dah melangkah jauh tukan.. tu yg bonda berjln2 & shopping sakan

Photo: lunch for today..

masak asam pedas daging korban, sayur kacang panjang dgn tempe goreng dan telur dadar..

simple but awesome..

terasamilah periuk claypot... yg mmg awesome .... menu yg ringkas tp menyelerakan...





Friday, November 2, 2012

Anugerah Pelajar Terbersih @ kemas sepjg tahun



 



 


Cikgu Zaki menerima Anugerah Kelas Terbersih Sepanjang Tahun
Tahniah Cikgu Zaki.... patutlah Bilik Tidur Ziqrehakeem pun kemas je... cikgu dah didik anak2 muridnya utk jaga kebersihan...

Tuesday, October 23, 2012

KCCC @ KCLC

Assalamualaikum,....

hahhahhahaaaa... ada yg tertanya2... apa lak tajuk n3 mcm nie ....
hihihiihi... tulah... nak taip panjang sgt tu yg buat short cut...

KCKCC  - KEK COKLAT KUKUS CHEESE COKTAIL
KCLC - KEK COKLAT LAPIS CHEESE

tgh dok berpikir nie nak buat yg mana satu... dua2 tu nampak sedap je ditayangkan kat blog2 masakan yg Azie dok jengah... kat blog Kak Ita - Masam manis jgn ckp lah mmg tergoda punya...

kalau ikutkan semua bahan dah ada... cuma x tahu nak pilih yg mana satu...


KEK COKLAT KUKUS CHEESE COKTAIL


KEK COKLAT LAPIS CHEESE

tgk pic pun dah tergodakan.....