Sunday, September 30, 2012

Bila teringin nak buat sendiri,...LAKSA oh LAKSA

Assalamualaikum,....

Selamat berhujung minggu.....

Mcm lama tak post gmbr makanan hehe. Hari minggu ni tiba2 teringin nak makan Laksa Sardin n buat MCC je. Masak ape yg ada kat rumah je.... . Buat pun senang jer dan yang pasti anak2 pun sesangat lah suka....Jadi hari ni jugak Azie  nak share resepi Laksa Sardin niii...Buat pun mudah sangat2..


                      

bkn ada sesapa nak dtg pun,... sj nak mkn... asyik dok pulun mkn nasi hari2 jemu gak...
tanya kat Cik Hubby nak mkn laksa tak????????... jwpnye buatlah... tu yg terajin terus buat LAKSA tp guna ikan sardin dlm tin je... mls nak merebus segala bagai tu....

MCC pun buat coz ada permintaan dr Cikgu kakak...

sebenarnye nie 1st time buat laksa guna ikan sardin dlm tin...

kira ok lah jugak rasanye... masih x lari dr rasa asal..

lg pun hr nie kakak ada pertandingan FESTIVAL TARIAN KANAK2 SEM'SAI... tu yg mamanye mls nak masak.. just buat laksa... jap lg nak gi tgk dia kat TAMAN BUDAYA - S'ban.


jom layan resepi lak...

mcm biasalah hasil selokar kat rumah kekwn yg terajin tu yg dpt resepi nie...

Laksa Sardin


Bahan-Bahannya:

1 tin Sardin Anita (size 400g)

3 biji bawang besar (dikisar)

4 biji cabai burung (dikisar)

2 senduk cili kisar

1 sudu sos tiram

1800ml air

Asam jawa dan Garam ( secukup rasa)

Bunga Kantan

Daun Kesom

Minyak untuk menumis



Hiasan

Laksa

Telur Rebus

Timun

Bawang Besar

Cili Besar @ Cabai burung

Salad



Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak .Tumiskan bahan kisaran seperti bawang besar,cabai burung , cili kisar dan sos sardin.

2.Masukkan daun kesom dan bunga kantan yang sudah pun dihiris.

3.Masukkan air dan sardin yang sudah dikisar.

4. Biarkan mendidih. Lepas tu masukkan asam jawa, sos tiram dan garam secukup rasa.



Senangkan. Resepi yang sangat mudah dan cepat. Jadi, kalau ada tetamu yang datang mengejut boleh lah buat nanti....

Tuesday, September 25, 2012

BILA RAJIN NIE LAH HASILNYA,...


Assalamualaikum,....

rindu dengan kehijauan desa.... menghayati ruang belakang rumah...

mengimbau kenangan silam.....
masa kecik2 dulu suka sgt tolong arwah nenek bercucuk tanam kat tepi rumah ...
mcm2 yg arwah tanam.... tp yg pasti pokok cili api & cili merah... mmg tanam utama arwah... melambak2 pokok tu kat " kebunnya.. ".. pokok pandah, pokok kunyit.. pokok pisang... waaaaaahhhhhh... mmg meriah waktu tu... bila nak masak je just petik & terus leh masak...

dan kini Azie pun dah ada kebun sendiri...
nielah hasilnye...







cili padi yg x berhenti2 berbuah... Alhamdulillah



pokok kari yg membesar tp x pernah pun ambik daunnye... just bg kat jiran2 je...
sebenarnye pokok nie sebagai pokok perlindung utk pokok cili padi, pokok liamu kasturi &  pokok limau perut...




pokok kunyit & pokok pandan yg kurang menjadi....
mungkin nak kena alih ke tanah kot... tp yg lain semuanye tanam dlm pasu je...



pokok liamu perut yg semakin cantik daunnye setelah dilindungi oleh pokok kaun kari...
makin bersemangat dok masak asam pedas... x yah beli2 lg daun limau perut just petik je bila perlu...



pokok limau kasturi yg hampir2 kena buang... gara2 x berbuah.. bila leakkan di bawah pokok  kari terus je cantik hidup & berbuah....


ADAKALANYA YG TERSEMBUNYI ITU INDAH,...

Assalamulaikum,

salam semua....cepat aje masa berlari....dah nak habis bulan september....lagi tiga bulan kita akan tinggalkan tahun2012....menjelma pula 2013...

semenjak seminggu 2 nie bgkan suram je rumah niekan.... adoiiiiiiiiiiii... hilang idea2 nak berblog....

                              


bkn sj nak disuramkan rumah nie.... ikutkan hr2 di bukanye...
tp tulah kan idea tu mcm susah je nak muncul2....

nak tepekkan apa yg di masak rasanye masak pun yg biasa2 je....



mungkin ada yg masih belum diimpikan muncul lg kot... ye lah selalunye bila kita di uji pasti akan ada hikmat nya... kerna ujian yg diberikan olehNya bkn lah yg sia - sia...

harap2 semuanye akan berakhir dgn baik.... Amin.




 


Friday, September 14, 2012

BZ @ MLS... mana satu yg betul??????????

Assalammualaikum, salam semua....

Salam pagi jumaat yg penuh barkah,....


Sudah lama tak bersua. Rindu nak menaip tapi tak tahu nak mula dari mana. Banyak yang hendak dikongsikan tapi sebab banyakkkk sangat jadi terbantut... huhu... penangan akibat dah lama tak menaip kat blog.

Azie  akan cuba sedikit demi sedikit memupuk hobi yang suatu ketika dahulu Azie minat sangat iaitu menaip dan berceloteh di sini...hehe... Tanggungjawab dan kerja yang banyak adalah salah satu sebab kenapa blog ini dah lama menyepi.

Dalam pada tak menaip dan berceloteh di sini, AZIE selalu jugak pegi sekodeng blog org lain. Kalau rajin komen, kalau malas tak tinggal jejak langsung...ekeke.. jangan marah yer.

Azie rasa blog ni dah jadi macam caca marba pulak. Bercampur aduk. Semua nak dimasukkan. Kadang-kadang macam konpius pun ada. Tak tahu nak di tulis pasal apa...

Okay! sekarang dah tak tahu nak merepek apa.....aduhaiiiiiiiiiiii.... bilalah idea nak memblog nie ada semula....




   mood pun mcm cuaca nie jugak rasanye,......

yelah hr tu jiwa kacau coz Along nak exam,... hr nie Alhamdulillah... Along dah pun habis examnye semlm... so now masa utk bertawakal atas segala usahanye sj...

Wednesday, September 12, 2012

Esok hari terakhir... Doakan Yer...


Salam semua...


Ni  Azie curi sikit masa nak post entry ni...
Letih tol... bukan aku sorang jer letih...

Semunyaa letih...



harap2 lepas nie leh rehat gan tenangnye... rasa mcm nak gi Holiday je,...
Cik Hubby leh tak??????????... kita gi yg dekat2 jelah janji dpt bercuti....

SEKADAR BERKONGSI ILMU,...

                                                    .... السلام عليكم


Sekiranya anda mengalami kesusahan, selalu merasa keluh kesah, bimbang, resah, tak sedap hati, tak tenang hati, boleh lah diamalkan Surah Al-Insyiraah / Alam Nasyrah. InsyaAllah, dengan mengamalkan surah ini, akan dilapangkan dada oleh Allah SWT dan kesusahan yang anda alami akan digantikan oleh-Nya dengan kesenangan.

Al-Insyiraah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah. Dinamakan surah 'Al-lnsyiraah' (Perihal Melapangkan Dada Nabi), kerana pada awal surah ini, Allah Taala menegaskan salah satu nikmat yang dikurniakan-Nya kepada Nabi Muhammad SAW ialah melapangkan dadanya (serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk).

Surah al- Insyiraah ni merupakan salah satu surah yang wajar diamalkan dalam kehidupan harian kita kerana banyak manfaatnya. InsyaAllah akan murah rezeki, hidup pun akan tenang dan bahagia...Aminnn





         







Terjemahan Surah Al-Insyiraah :



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).



Kelebihan Surah Al-Insyiraah :-



→ Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".



→ Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.



→ Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.



→ Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


FADILATNYA :-



→ Mempermudah segala urusan, terlepas daripada kesusahan, dimurahkan rezeki, hilang dukacita, luas fikiran, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas. Amalkan membacanya 7x selepas solat fardhu.



→ Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103x atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.



→ Amalkan membaca surah ini, insyaAllah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.



→ Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.



→ Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.

Caranya: Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.



→ Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.



→ Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyiraah sebanyak 7x kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam. InsyaAllah akan mudah lembut hatinya dan mudah mendengar kata.



→ Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111x, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.



→ Jika diamalkan surah ini sebanyak 200x pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu Dhuha), insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.



→ Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut-turut, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.


Amalan Ketika Anak Menduduki Peperiksaan :-



Entry ni juga khas untuk para ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar nanti. Sesuai dengan musim peperiksaan yang bakal menjelang....yang dimulai dengan UPSR esok, ingin dikongsikan di sini satu petua/amalan yang boleh dipraktikkan oleh ibu ayah. Dah lumrah semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan idamkan kejayaan yang cemerlang buat mereka kan. Kita boleh berikhtiar dan selebihnya kita serahkan dan bertawakal kepada-Nya.
Amalan ini boleh dilakukan di rumah, ofis atau mana-mana jer...Ketika anak-anak sedang berada dalam dewan peperiksaan, pada masa yang sama parent pula boleh lakukan amalan berikut :


■Ambil Wudhuk.

■Mengadap kiblat.

■Baca Syahadah - 3x

■Al- Fatihah - 1x

■3 Qul- 1x

■Surah Insyirah - 1x

■Selawat Atas Nabi - 10x

■Baca Surah Yassin - 1x

■Baca Surah Insyirah - 100x.

■Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh: Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi....mak ayah di rumah boleh mula melakukan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. InsyaAllah....



Sesungguhnya DOA IBU untuk anaknya adalah antara doa yang PALING MUSTAJAB, di mana kalau seorang ibu itu berdoa untuk anaknya, tiada hijab langsung. Doa itu akan sampai terus kepada Allah dan Allah pasti akan kabulkan doa tersebut.







sumber : http://perkongsianilmu.com

Monday, September 10, 2012

jiwa kacau,.... Along exam USPR

Assalammualaikum, salam semua.

Salam hari isnin yg mudah2an ceria sepanjang hari.... dah dua hari rumah maya ni x terjenguk dek kebzian tuan tanah.... maklumlah jemputan open house yang belum habis... yalah raya sebulan kan, jemputan kenduri yang perlu dihadiri jugak.... pagi ni baru nak mengupdate rumah ni,... rasa mcm x sedap badan lah pulak... mana tak nye sejak 2 - 3 hari nie rasa letih sgt... bkn apa pun Along nak exam UPSR esok tu yg rasa x lena je tido...

pg2 td bgn solat tahajud & solat hajat... yelah sekrg nie selain dr usaha dia jawab soalan yg mencabar tu doa lah yg dpt Azie & Cik Hubby berikan buat dia...

tu yg nak mengupdate pun lom ada mood lg,... nanti2lah ye dah lega semula Jiwa nie baru leh update apa yg patut....



Semoga Along berjaya memperolehi result yg terbaik hasil usaha selama ini... Amin.