Friday, November 30, 2012

Pulut Durian... habis diet


Dapatlah sesekali mkn  pulut gan serawa durian, ... hasil dr durian yg dibawa oleh customer tetap we all .. byk betul durian yg dibawanya sampai x termakan... tu yg merajinkan diri masak pulut... leh mkn ramai2 kat w/shop...


Bahan-bahan:
Beras pulut(secukupnya) ~ rendam 3 jam atau lebih
Isi durian atau lempuk durian secukupnya
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 helai daun pandan
Gula dan garam.

Cara penyediaan:
1. Toskan beras pulut yang telah direndam dan kemudian kukus sehingga masak (Pulut ini saya kukus kosong tanpa letak santan dan garam).
2. Untuk kuah/santan :~ Masak santan bersama air, daun pandan, gula dan sedikit garam.
3. Kacau diatas api yang perlahan sehingga mendidih.
4. Masukkan isi durian/lempuk, kacau rata. Kalau manisnya sudah menepati citarasa, bolehlah diangkat (boleh juga kalau nak letak isi durian kemudian, masak kuah sahaja. Tapi saya suka masakkan sekali durian dgn kuahnya).

No comments: