Kenapa saya tak jadi Chef?
Sebab saya tak pandai masak.
Saya suka masak.
Tak nafi tu.
Selalu masak untuk keluarga dan kawan kawan.
Pantang
terlintas di hati nak makan apa, saya masak.
Pantang dengar orang cerita
pasal makanan, saya masak.
Pantang ada org nak makan, saya sukarela
masak.
Hobby.
Terapi minda.
Ternak body.
Tapi saya ni jauh langit
dari bumi kalau nak jadi Chef.
Sebab nya........
Saya ni, sebut jer nak
masak untuk orang lain,mula lah tak menjadi masakan tuh.
Tambah2 kalau
makanan yg orang tempah, sah tak sesedap yg selalu saya buat.
Kalau nak masak
untuk acara apa apa,
saya lah yg paling gelabah..
Time tu lah masakan saya
jadi tak sempurna.
Masin lah, manis lah, tawar lah, lembik sangat lah, keras
sangat lah..ada jer yg tak kena.
Kalau kerja Chef alamat kena buang kerja lah
saya.
Malukan kompeni saja.
Jadinya, kalau nak makan masakan saya kena
tunggu saya sukarela buat,
kalau kerana di suruh buat, atau di bayar untuk
buat...
alamat tak merasa enak di tekak lah...
Itu pasal lah saya jadi
cikgu tak jadi chef.
Cukup lah Chef di hati anak anak, sanak saudara dan
kawan2 saja.
Huhuhuhuhuuuu.....
itu yg terbaik dr jd chef kalau asyik kena marah je....hihihihihi
No comments:
Post a Comment